🌷 Farah and Thoughts 🌷

Life story of Farah Ramlee

oh miss bloggie~~!! kenapa aku ditimpa masalah berkoyan sekali gus dalam waktu yang sama? mengapa?

nie teremo lebih nie mungkin sbb nak PMS soon.

Aku dihujani masalah stress kat office, stress jugak kat rumah.

Balik dari office tadi aku dihujani masalah toilet bocor! My dad just informed me that there was water dripping outside the walls below my window. Air tu mengalir dekat dinding. So I thought, ooo mengalir di dinding je. then pergi Ampang Point happily to ukur my baju tunang. Dah sampai sana happy gila dah baju dah fitting semua, then my dad nak gi kedai cermin mata. So, I temankan my mom pergi beli groceries kat Giant.

SAMPAI rumah, dlm pukul 8pm, I pun naik atas my room. THEN, amek kau….kawasan meja solek semua basah sampai ke carpet. Nasib baik carpet buluh. Actually air tu was from this morning because masa I tgh bersiap nak ke office, I felt like I stepped on water but I thought ooo, maybe air mandi kat badan tu drip tadi kut. So I ABAIKAN!! BIG MISTAKE…ya allah…..

Too bad for my dulangs yg terletak bawah meje solek I BASAH! Tu pun nasib baik ada plastic bag and also it was wrapped with paper. Tapi ada satu dulang tu mmg dah koyak so kaki dia mcm terkeluar sket dari plastic. Harap tak karat jer laaa……FRUST GILA!!!

Informed my mom and she went all ballistic. She started to call the guy who did the renovation and screaming at him. Panic strike me when I heard her words “aiyoooo takut itu pipe dalam dinding bocor laaa, kalau mau kopek dinding arrr, itu tiles mana mau cari?? saya ada majlis dalam masa sebulan shj lagi…ni sudah emergency nieeee!!”  Panic gila dah nie. Dulangnya basah, takut karat and then fikirkan kene kopak dinding bilik….adoiiiiiiii….apsal laa masa sekarang baru nak terjadi…nampak tak countdown kat atas tu, 3 weeks and 3 DAYS je lagi!!! Astaughfirullah…..

Tetiba phone I ringing. Rupanya office call. ADUH!! Apa lagi masalah system nie. I decided to ignore, tak leh pressure sgt. Then it stopped. I sempat call Adnan kejap then we hung up. After that, another call from office aduh!!! I ignore jugak. I terus capai my laptop and terus menelaah laptop. Clock says 8.15pm. Belom solat Maghrib lagi nie. Kenapa masa nie laa semua orang nak sms, nak call? Semua I tak layan and buat dunno. I layan je system I. Check sini eh! macam ok. Check sana eh! macam ok. Ping test. Dem! ada source quench. Tepon boss. Boss kata nak sembang dgn colleague. Boss call balik ckp suruh email masalah kat colleague explain ing again my findings (point ko tepon colleague aku ko tak explain ke masalah?). Dengan rela, email colleague. Boss suruh email semua users. I’m talking about 5 big LOB divisions. Terangkan usul kenapa tak nak (sbb system tu tak downtime pun, semua services running fine). Usul ditolak, boss kata, bigger boss dah promise management if anything have to email. Dem lagi skali! Di saat ni dalam hati dah tak tenteram dah nie. Apsal aku jugak yg kene? aku laa yg nak jaga technical issues, email benda merepik remeh ni pun aku kene? Mmg boss I pandai jadi boss. Bengang sudah! Tapi dalam tepon dgn boss, “yes boss…ok ok!! yes yes…I will email!”. Boss suka, anak buah menyampah dan tak ikhlas. Then, Adnan call je I angkat and ckp sket then ckp nak sembahyang. Nasib baik Isyaa’ tak masuk lagi. Alhamdulillah…Maghrib lepas.

Lepas solat sambung tengok system. Tengah syok tengok, azan Isyaa berkumandang, lalu aku pun sembahyang dulu. Lepas tu karang email kat LOBs tadi. Fikir punya fikir punya fikir ayat, last skali tepon boss mintak pendapat. Skali lagi mengeluarkan usul tak perlu email, skali lagi ditentang hebat! Secara paksaan dan tidak rela hang up the phone and start emailling. Masa nie laaa mak ayah aku nak start makan. Lalu di jerit dari bawah ajak makan. I reply busy ada system problem makan dulu. Selang beberapa minit, di teriak lagi abah dah makan, blom settle lagi aku menjawab. Selang beberapa minit lagi, bibik aku plak tanya, menyirap…………….jawab dengan kasar sket, tak abih lagi masalah nie. TUNGGU LAA KEJAPPP….aper kes nak kemas meja makan tu awal nie? bilik aku banjir tadi tak nak plak ko tolong alih kan dulang tu kan…..menyirap….

TIME nie laaa internet nak buat hal. VPN connection dah la slow, lepas tu boleh pulak email server reject the email tu because too many participant in one email. It cannot be send!! Hangin satu badan nak kene seperatekan plak email tu kepada 2 and utk lain-lain LOB. LECEH GILA!!! masa nie dah tak ingat Tuhan dah nie air mata mula mngalir dalam hati mula memaki. Lepas tu, tengah nak type recipient name tu Outlook plak hang…..ya allah!!! lepas tu terus hilang kawalan lalu menghentak laptop dan keyboard dan menekan butang tutup secara haram…..tak hantar jugak email tu……

Dalam keadaan mcm orang gila menangis nie, aku turun bawah makan. MACAM MANA NAK KURUS NIE?? Dah pukul 10pm baru nak makan?? WTH?? Berjurai air mata aku kat pipi dan teruskan menagis teresak-esak. Dah laa dulang and bilik banjir, gemuk tak hilang-hilang. Mak I datang, tanya pasal ape dengan nada yg tinggi menyuruh aku cerita dekat dia ape masalah aku tp mcm dia tak paham je anak dia. Dah 23 tahun dah dia bela, masih tak paham perangai anak dia. Aku mana bleh cerita masa aku tgh nangis. Dipaksa aku lagi jadi macam kakak aku yg suka bercerita walau ape cerita skali pun. Kalau aku cerita pun bukannya menggunakan bahasa melayu yg boleh dipaham tambah pulak dgn nasi dan udang yg sedap ada dlm mulut waktu itu. Lalu di tinggalkan aku seorang diri makan sambil mengangis nie tadi and let out this remark “orang dah tanya tak nak cerita, lepas tu nnt ckp orang tak care…bla bla bla”. MENUSUK ok…MENUSUK!!! nampak sangat tak paham anak sendiri.  Abaikan, kalau masuk bab nie nnt jadi lagi panjang………aku pun jual mahal…tak nak bertenang! padan muka…

Lepas makan terus naik balik nak sambung email kat LOB tadi. Dah restart. Bagus laptop yg aku hentak tadi masih berfungsi. Connection ke internet alhamdulillah ada improvement. Connect to VPN, wah! berkesan. Lalu buka Outlook and email laa semua LOB. Keadaan aku kembali tenang lepas nie sampai laa di saat aku nak update blog nie. Check message pun mmg semua ok..vendor kata system tak de problem. Aku setuju sbb aku check benda yg dia pun check and result aku dgn dia serasi. System tak de hal…nie connectivity nie….skang pun masih berjalan troubleshooting connectivity.

Aku nak mengadu kat kawan, dorang dah selamat pergi bercuti. Takkan nak limpahkan kat dorang masalah aku skang, rosakkan mood cuti dorang je and they might say, like we care…kita orang tgh bercuti k….problem free!!
Nak cerita kat member lagi sorang nie dia sakit pun tak sembuh lagi…mcm mana nak cerita??? masalah dia pun tak settle lagi nak beban dgn masalah aku. nak wat per? tol tak?

Aku nak mengadu kat boyfriend, dia dah bosan. Dia kata asal aku tepon dia jer nak ngadu masalah. Hujani dia dgn masalah dan ke-emo-an aku. Tak pernah nak tepon ckp pasal happy things. Semua emo things. So, aku malas nak hujankan dia lagi so tersimpan lagi. Itu pun kira orait ah tu dia dah sudi mendengar aku ngadu kat dia pasal toilet tu. Aku mcm malas nak bebankan dia dgn masalah tak seberapa aku nie sbb aku tau masalah dia lagi besar. Masalah besar dia tu mmg berpunca dari aku jugak. So aku paham laa kalau dia malas nak dgr masalah aku. Aper masalah aku  yang suka kasi masalah aku kat orang nie?? adoi!!!!!

Aku nak cerita kat mak pak…dah malu plak! dah bopeng kata keluarga aku. masa di tanya tadi tak nak cerita, bila orang tu dah tak nak tau tak kan terhegeh nak cerita betul tak? lagi pun reaksi yg sama mcm boyfriend yg aku akan dpt dari mereka. Nada suara yg tinggi walaupun niat hanya utk menasihati tetapi tetap menyakitkan telinga aku sbb nada suara tu tetap nyaring. Boleh jadi aku nie separa pekak agaknya sbb orang yg nasihatkan aku semua suka guna nada suara yg tinggi dan nyaring.

So, aku nak mengadu kat saper? Kakak aku dgn abg aku dedua dah ada masalah sendiri. Jadi Blog nie la menjadi mangsa luahan and saper yg terjerumus membaca post ini dari mula sampai akhir.(mungkin salman je kut hahaha). Terima kasih laa kerana sanggup membaca rentetan aku yg tak seberapa nie.

Sekian.

p/s: Adnan bin Mohd Shukor, I do not want you to hide this post and I dem mean it! Tq.

,
Farah Ramlee

One thought on “

  1. Farah, memang emo baca post ni. Saya pun sampai ter-emo jgk.Sabar byk-byk ok. Pasal dulang awak tu insya-allah ada jalan lain. Dinding bilik awak tu mungkin cina tu boleh siap 2-3 hari jgk. Parah tu. (T_T).Tabahkan diri sebab lagi-lagi nak dekat ni selalunya macam-macam jadinya.Senyum sikit ok. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *