Wow! its amazing how people just couldn’t get enough of me and hubby! hebat…Ingatkan dah berumah tangga dan selamat mendirikan masjid dah tak laku dah….rupanya masih macam rock star! hahaha
tak sangka kami nie begitu precious dan penting dalam hidup orang lain sehingga menjadi topic perbualan 24/7. Wow! Kami masih dynamic duo yang tak pernah lekang dibibir mereka. Amazing.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sanggup bercakap tentang kami 24/7 tanpa henti. Membaca blog saya setiap masa dan mengikuti perkembangan hidup saya dan suami di twitter dan facebook. Walaupun twitter dan facebook saya berada dalam keadaan private (khas untuk kawan-kawan yang begitu baik dan faham tentang erti seorang kawan), begitu pun bersungguh sekali peminat kami mencari cara untuk melihat dan mengetahui aktiviti harian kami. Saya sebagai part of team amat besar hati apabila mengetahui yang kami masih lagi bergetah! I feel so terharu…
Jadi, saya mohon kepada peminat kami nie, jgn la berputus asa mengetahui berita tentang hidup saya dan suami kerana sesungguhnya disebabkan andalah, kami menjadi semakin sayang menyayangi. Tak kiralah baik atau buruk, kerana kamulah kami akan menjalankan kehidupan sebagai suami isteri dengan lebih kasih sayang, saling cinta antara kami, dan mengatasi segala cabaran dalam mengharungi alam perkahwinan ini bersama.
Sekian…..
,
Farah Ramlee